Selasa, 15 November 2011

terlalu ketinggalan kah kita bila.....

huh....setelah sekian lama tak jenguk khabar berita kat blog ni...dah bersawang sawangan gamaknye ...hmm hari ni dari kui 10.30 sampai 2.45 opis ni tak de letrik...so macam cacing kepanasan la sebabnya bekuap sudah pasti ..gelap gelita tak payah cerita la kan ...kalau la bos bagi peluang untuk kami bercuti hari ni memang la teramat indah hendaknya ..hahahaha..tapi tidak sama sekali , bos aku hanya bagi izin untuk break sampai la kui 2.30 so semua pun keluar la ..siyes aku langsung tak de keinginan itu lagi ..setelah sekian lama aku rasa tak berminat sangat untuk bershopping , or window shopping bukan sebab tidak bergaji tapi rasa macam sayang sgt nak membazir sebabnye asyik terbayang muka anak-anak org yang kurang berkemampuan . Terbayangkan betapa susahnya diaorg nak jumpa ayam dalam seminggu , yang kita ni pulak sesedap hati tiap-tiap hari mengadap makanan sedap .. Bukan nak kata tak leh makan sedap . Boleh sangat .. tapi kalau yang makan tak abis tu ? hah tu kan dah kira membazir . Aku pun tak berapa terasa untuk menonton wayang walaupun aku mmg selalu download movie , macam-macam movie ada .tapi langsung tak berminat, aku punya nafsu untuk bershopping juga dah makin kurang , bukan tak beli baju tapi kalau nk beli yang mahal-mahal tu rasa macam sayang sangat duit , sbbnya rasa lagi baik aku beli benda makan untuk anak lagi baik . So , agaknya terlalu kolotkah aku kalau aku tak mengikuti perkembangan fesyen atau pun terlalu tertinggalkah  aku kalau aku jarang berkunjung ke mall ...

Khamis, 6 Oktober 2011

Patut tak patut .....

patut ke tak seorg isteri berdandan kemain lagi bila kuar umah ...tapi bila kat umah mengalahkan bibik....bau hapak ..rambut gerbang ...




patut ke tak patut kalau si isteri berbicara dengan lelaki lain lagi lembut berbanding dengan suami sendiri ...kalau dengan suami sikit-sikit mengamuk , menengking..



patut ke tidak , kalau si bini sibuk bekerja , bergosip , berfesbuk , bertwitter , melepak dengan kawan-kawan tapi si suami plak sibuk mengemas , memasak ...



Patut ke tidak si isteri di pukul , di maki akibat kesalahan yang kecik contohnya seperti salah gosokkan baju suami untuk ketempat kerja ....


Patut ke tidak bila si suami menggunakan alasan isteri sudah tidak cantik & gemuk untuk curang ataupun kahwin lain ...



hihihihi..so patut ke tak patut pikir lah sendiri ............


Isteri solehah , ibu mithali



ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?
Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.
Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.
Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.
Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.
Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.
Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.
Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.
Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.
Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.
Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.
Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.
Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.
Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.
Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.
Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.
Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.


Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.
Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.
Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.
Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.



Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.
Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.

Rabu, 5 Oktober 2011

Transformasi Azfar ...

Cepatner masa berlalu , Azfar dah pun jadi Hero Malaya sekarang nih ...hahahahha...lagi 2 bulan azfar da masuk 2 tahun ...daripada hidung mancung sampai dah kembang , dari takde rambut smpai dah rambut panjang ..daripada diam smpai asyik merengek jer ..ohhh..abang ..dah besar rupenyer ..

1st day ..


hari ke 2 

hampir sebulan 

xtak ingat ..tapi dah nak dekat abis pantang 

dah lepas kena botak 
1 thn lebih ..


sekarang .. 1thn 9 bulan 

Outing at Mines ...

Hari sabtu yang lepas , en.asben demam lagi .diadah makin kurus ..( aku je yg tak kurus2 ) ....aku telah pun memaksa en.asben pegi membeli tepon yg baru setelah tepon ku rosak ..dan akhirnya dpt la tepon yg telah dicari-cari itu ..dan lepas penat meround ..maka aktiviti yg paling sesuai adalah mkn ..n inilah gambar yg aku snap menggunakan tepon itu ...





Besday bash

LAst sunday me . hubby , and tuan muda azfar pegi la my hubby nye fren a.k.a bestfren nye anak besday ......yg nak cite nyer bukan party tu tp cita hal si azfar nih ..dia punya berlari nonstop ...kawad sana sini ..nsb bek la tuan umh tu mmg dah lm kenal ..klu tak mau nye tuan umh tuh tarik muka ..hihihi..and after party tuh kita pun pegi la beli brg kat tesco ..dan inilah hasil nya bila azfar dah terlalu letih ...

nah amik...mult tenganga dengan luas nya ...


nsb baik air liur tak meleleh jer 

Selasa, 4 Oktober 2011

Misi diriku

owh ..ini azam aku untuk tahun-tahun yang mendatang...azam untuk berpakaian seperti muslimah sejati ..walaupun dah lama aku mengenakan hijab ..namun aku masih lagi gagal untuk menutup aurat seperti yang perintahkan oleh ajaran islam ..jadi misi aku sesungguhnya dengan izin dari Allah S.W.T aku memohon agar aku menjadi muslimah yang sejati . Aminnnn...

Rabu, 10 Ogos 2011

persediaan raya ker ??

Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 11 pun kita berposa ..cepat nye masa berlalu . dah hampir separuh ramadhan dah pun ..n aku lagsung tak ready pun utk syawal ..tak tahu kenapa sejak kahwin ni persediaan nak raya ni mcm tak penting lgsg bg aku ..adakah kerana????hahahaha..soalan tidak dpt diteruskan kerana jwpan yang akan diberikan bisa mengguris sesetengah pihak ...muhahahahaha..tapi kalau org tanya apa yg aku nk buat utk raya ni ...1st thing aku nak order almari yang baru ..sebab aku dah tak larat nk lipat baju .rs mcm nk gantung jer suma baju2 yg ada ...

2nd aku nak bilik yang besar dan juga satu bilik asing untuk azfar ..sebabnya bilik skung ni da mcm tin sardin ..banyak sgt benda ..suma bnda kat dalam bilik tido tu ..menan azfar la ..khemah azfar la ..huh..fening

3rd aku nk cat bilik tido aku dgn warna hijau lembut + kuning air ...+ biru cair ...rasa mcm warna-warna tu mendamaikan ...

4th  aku nk ubah kedukan barang-barang dlm bilik tdo aku tuh ..nak buat susunan semula ..dan aku nk tambah closet supaya suma brg2 dlm bilik tu tersusun dgn kemas dan teratur ...

5th aku nk tukar langsir bilik , nak beli kangsir yg trendy sket ...

6th aku nak pindah dok umah sendiri huwaaaaaaaaaaaaaa...klu perasan dari atas sampai la bwh sumanye aku ubah dlam bilik tdo aku jer ..sbbnya aku tumpang dok kat umah metua jer...so kawasan aku hanya lah bilik tdo aku jer la ...

:-( .....sob ..sob ..

Selasa, 9 Ogos 2011

Bau-Bauan

Boring la ..tak tau da nk buat ape ..so update jer la blog yg da senyap sekian lama ni ..
hari ni aku juz nak share ngn sume org pasal peberet perfume aku ..bau yg aku soka dan agak sedap jugak la klu org lain bau .bukan bau keti ok ..ahaks ..

1)

ni perfume peberet ..walaupun ramai org guna..tp aku soka sgt dgn bau yer yg ala-ala simple gitu ..tak la bau semerbak sgt ..bau ye fresh ..dan selesa utk hidung aku nih ..



ni perfume yang aku soka jugak ..bau yer seakan-akan sm gak cuma bau epal yer lebih menyerlah ...tak melekit sgt ..tau soft sgt ..tak strong sgt ...adoi ape punya explanation da.....senang gi bau sendiri la kat mn2 kaunter


perghh.....perfume ni bau yer mmg la tersgt la besh ..da lm rasanya aku stop guna perfume ni ..sejak kawin rsnyer coz asben aku tak suka ..dia kt mcm bau makanan ...hihihhi..mmg pun bau yer manis melekit gitu ...


ni body mist ni aku rs majoriti pompuan suka kot ...ramai yg beli bau ni ..jd dek kerana itulah aku hanya guna kdg2 jer..sbbnye nnt jln sket bau sm jer ngn bau aku ..kah kah ..



next perfume yg aku guna ni dan tidak diteruskan lg kerana keadaan ekonomi yg tidak mengizinkan..muhahahahaha..mahal kot ..lg pun aku ni jenis yg suka beli mcm2 jenis perfume ..pastu tukar hari-hari..mau ...:)


next perfume ni ..aku sendiri pun tak paham nape aku belh tergerak hati nak beli perfume ni ..bau yer amatlah menusuk ke kalbu ..keras sgt ..tp masa try tu mcm ok jer..klu nk guna pun kena spray sket jer..dan perfume ni ada lagi smpai skung walaupun aku juz beli yg 50ml shj .



ni perfume ni aku dpt ms hantaran kahwin dulu ...en.asben yg pilih bau ni ..bau yer ok la ..tp bau yer more to ladies sket ..bukan bau yg mcm buahan segar yg aku soka ..bau yer lebih bunga -bungaan sket ...soft jer ...da abis da pun ..tinggai botol jer..en.asben sila la beli lg yer ..


escada pacific paradise aku rs perfume mcm dah takde jer skung...sbbnye aku pun mmg da lm tak beli ..saki bake jer yg tinggal ..tapi bau yer mmg pacific giler ah ..hahhahah sedap jgk nih




hihihihi ..this 2 VS body mist ni aku beli pun masa musim teringin nk pakai tp skung ni dok tersadai jer ..biasanyer pakai bila lepas mandi mlm jer ..bau yer pun tak la besh mn ..so ..so jer ...







ok la ..rs nyer cukup la tulis psl perfume or bau-bauan yg aku soka nih ...walaupun ada lg tp rsner klu letak sume pun kompim org mls nk baca sbb panjang sgt ... hahahaha

3 serangkai .......


tiga serangkai anak buah ku yang chubby mubby nih ....rindu sgt kat depa nih ...ni gambar n posing maut diaorg yg boleh aku jadikan uabt rindu aku ..uhuks ...


Irman Faris yg makin chubby 

Irsyad n Irsalina 

irsalina yg makin banyak jerawat 

icad posing malu-malu 

ku menungu 







Owh .....rindu nya kat anak menakan maksu suma nih .............

Isnin, 8 Ogos 2011

Sabar ............


The Smurfs

Aku masa kecik-kecik dulu suka gak layan kartun smurf nih ..ala benda yang warna biru macam dwarf tu ...best kan ..so awal september ni akan kuar cite baru kat pawagam so sapa yg terasa nk tengok the smurf versi filem sila lah terjah mana-mana pawagam yg berhampiran yer..( aku dah download citer ni :P ) ...


The Smurfs

ha nah layan la sket trailer citer nih








Cepatnya kau berubah ..........

bluwek .....tajuk jiwang giler...salam ramadhan ...subhanallah ...begitu lama tidak menulis di blog aku ni ...dah bersawang mawang dah . Lupakan pasal sawang ..lupakan pasal mawang ..arghhh ape aku merepek ni ..sebenarnya hari ni terasa jiwang n nk menulis pasal cepatnya insan tu berubah hati ..lupa segala2 nya ..mcm Apex a.k.a khairul fahmi ..dulu sebelum pemes kemain kata-kata begitu sopan ... ni gmbr ms sebelum pemes dan sebelum lupa diri ...dressing pun so.. so ..aje ...


muka pun baik jer...klu nk petik kata-kata dia ms zaman baik dulu rs takut muntah darah balik jer ...

ha ni pulak gmbar selepas pemes dan kononnya telah begiru hebat setelah menjadi keeper no.1  malaysia ...
siap pandai menipu lagi tu




so renung2 kan la yer..sapa yang bersalah dalam hal ni ...yang tak leh blah apek siap bagi list nape dia nk putus tunang ...ha nah amik skung ni bg list plak jawab pasal gambar ni ...

P/S : Sian kat tunang dia

Rabu, 3 Ogos 2011

My Girl and I

Aku gi tengok cite ni kat wayang ...masa zaman tu K-Pop tak pemes pun lg ..best gak cite ni ...tp besa la heroin tu kan selalu belakon watak pompuan yg sakit ...mcm dalam AUTUMN in My HEART yang si hero tu plak selalu bawak watak kena buli ngn sengal2 mcm dlm cita my sassy girl tu ...sedih gak la cite nih ...
























P/S: SIla sediakan tisu : )

Selasa, 12 Julai 2011

Kl gangster


sori untuk kakak ipar ku yang dah lam request cita ni ...sori sgt2 ...uhuks mggu lepas bz dgn azfar yang tak sihat ....so mggu ni baru la free sket yer ...













Khamis, 30 Jun 2011

cuti ................

blog berehat untuk seketika sebab azfar kena cacar ..............rehat untuk seketika ....

Selasa, 28 Jun 2011

malas nak update blog.......

boleh tak tulis tajuk macam tuh ...hahahahahahha...seyes memang tersangat lah malas nyer ...tahap gaban ke ultraman ke ..aku pun tak pasti . Jadi solusi kepada  kemalasan aku untuk menulis ..aku ganti la dengan upload muvi ...senang ..hihihhi..nak taip malas...klu upload muvi tak payah tulis panjang2...







cerciter cinta ..shahir & rozita

tajuk kemain lagi ..pandai-pandai pulak gi tambah kat ujung ....bagi panas sket









p/s : Puan D ...selamat menonton yer

Khamis, 23 Jun 2011

Karak Laluan Puaka

Lama cari cite ni ...baru jumpa ....almaklumlah ..nak pegi tengok kat pawagam memang tak dapat la kan ...so ni aku share kat blog ni untuk tatapan insan-insan yang senasib dengan ku ...ahaks <--->

Selasa, 21 Jun 2011

uNGU NYE CINTA

lama nyeer tak menulis ...agak malas la pulak rasanyer....hari ni pun takde ape nak tulis ...just nak upload drama ni jer ..as requested by some one...SELAMAT menonton













Khamis, 16 Jun 2011

KUNG FU PANDA 2

sapa yang tak layan lagi cite ...moh kite,,,sori gambar tak cantik lagi ....




















Selasa, 14 Jun 2011

Hafiz AF7 ...very outspoken ?

Ingat lagi tak kat hafiz AF 7? Ala yang sekarang ni tengah glamour dengan lagu Awan Nano Nano Nano tuh ...Ha da ingat dah ...ni aku just nak share jer la dari pandangan mata aku ni ...bila aku tengok twitter dia ..aku rasa macam kadang- kadang ayat yang dia guna kan tu mcm agak kasar sket ...samaada aku ni yang over sensitif ker ape aku pun tak pasti la kan .Mungkin dia bergurau jer ker ..aku pun tak pasti ...so korang nilai la sendiri yer .




Sdp sgt ke suara si hunnymadu ni smpai berduet ngn anuar zain?or just syok sndri je?

Pungkoq ayahanda panas tgk KL Gangster..lpk la ayahanda.mkn cili mmg rse pedas.xnk pedas jgn la order haf chicken with extra hot!




 boo..hotfm xrelevant.radio umno.masuk la sinar fm.abg jem I folo!!


Pekida sound yusuf haslam woo!ape igt pekida je ke ada ayahanda bonda bagai?piiraahh.

 elok sgt la tu buat loji nuklear.loji taik yg sedia ada pn xtermaintain,ada hati nk wat loji nuklear.

Cabinet's trip to Kazakhtan is a big fat liar!Oh Najib.sgt bodohlah anda ini!its our money u moron!
7 Jun via UberSocialFavorite Retweet Reply

ok la ...mungkin dia hanya nak menyatakan ketidak puasan hati dia ...tapi twitter ni kan suma orang leh baca kecuali dia set kan private, sekurang-kurangnye guna la bahasa yang agak sopan ke. ...Tapi yang pelik nye  tak de pulak dia kena kecam macam fizz fairuz hari tu ...pelik gak ...